I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Monday, September 20, 2010

selamat hari raya

salam lebaran semua...

first of all, nak bagitau yang atok ku dah meninggal dunia pada 3hb september 2010 sebab sakit tua n sakit dalam perut..x pasti lak sakit ape..walaupun sepanjang hayatnya, aku x berapa rapat cos masalah mak n ayah aku kan...tp sempat jugak jumpa 2,3 bulan sebelum pemergian nya..jadi,xde la terkilan sgt...dah bertahun2 x jumpa kan...tba2 dgr meninggal..lagi lah haru...pape pun, ila mendoakan tok chik berada di kalangan org2 yang beriman...amin..

macam biasa la..lepas2 raya ni mestilah orang duk sibuk cakap pasal raya...sibuk publish gmbr raya sana sini kan....so am i...tp gambar tu x berapa byk la...sebab malas nk amik gambar...konon-konon segan...tambah plak ada manusia mana ntah pegi delete gambar...so,ada yg dah hilang..x dapat di kesan..ahaks...

sebelum post gambar tu, mestilah nak cerita2 kan...raya xde la meriah sangat pun..stakat g umah org,org dtg umah kita..tu je la..x dapat nk raya ngan kawan2..1st,kawan duk kat lain...2nd transport lak susah..jalan pun jem...so,malas la ( jgn ikut perangai ini di rumah)..tahun ni plak last dapat duit raya kot..tahun depan x tahu la caner..lau dah keje,mestilah mak ayah kakak abg x bgi kan....tp xpe,tahun ni dapat byk duit raya..hua3...paling byk dari cik abe tercinta la...hahaha...walaupun jauh, duit raya tetap kena bagi..hahaha...bila dah duit banyak, beli pun banyak la...x sempat sampai melaka,duit dah ciput..padahal g hypermarket depan umah je pun...xtau la tokey hyper tu letak ape smpai tgn asyik nak melabur je...beli xde la byk pun...tambah lak si nenek kebayan tu rompak sikit, lgi la berkurang duit...tp xpe....lantak dia la nk pau pun..t aku dah keje, xyah la bgi dah kat dia..sbb dia dah byk kali pau kan...adill..haha

bila dah sampai melaka ni,ada lagi dugaan hidup..kunci rumah xde plak...member rumah plak masing2 balik ari ahad..aku je balik ari sabtu...mampus...sampai2 je kat melaka, duk termenung x tau nk g mana....g la tdo jap kat surau melaka sentral..tp last2 kena halau..org nk bersihkan surau..g lepak plak kat mcD..jadi la omputih...breakfes kat mcD...lepak2 sorang2...mula2 igt nak cari hotel bajet..tp pikir2, nak cari tu ssh..xde transport...last2 decide la ke shah alam..nasib baik la ada penyelamat..lau x,xtau la...thanks to my beloved fren...setel sume....hari ni dah selamat tiba di melaka..

semoga berjumpa lagi di lain hari...salam

Wednesday, September 1, 2010

nothing...

1 out of 10


Seorang pesakit memeriksa penyakitnya di sebuah klinik.. lalu doktor berkata..


Doktor : "Anda harus dibedah!"

Pesakit : "Apakah pembedahan ini berbahaya, Doktor?"

Doktor : "Ya... hanya 1 dari 10 pesakit yang selamat dalam pembedahan seperti ini."

Pesakit : "Apa???!!!"

Doktor : "Anda jangan takut."

Pesakit : "Kenapa?"

Doktor : "Kerana... Saya sudah membedah 9 pesakit sebelum ini dan semuanya mati."



Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke pertandingan Kriket Dunia di England
dengan menggunakan keretapi. Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket setiap
seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli hanya satu tiket?" tanya salah
seorang lelaki Pakistan. "Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi yang telah di tetapkan sedangkan
ketiga-tiga lelaki India tersebut bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu
tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang untuk memungut tiket.
Dia mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor. Konduktor mengambil tiket tersebut
dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea lelaki-lelaki
India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki India tersebut dan dapat
menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu tidak membeli tiket?"
tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak
di dalam sebuah tandas kemudian lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi. Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi tiket".
Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah
mengambil tiket tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya sedang menunggu.



Zorro,Robin Hood dan Orang Asli


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.


Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.

Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata...
"I AM SORRY... .!!"